Piagam Pelanggan

Setiap pesakit akan diberi rawatan perubatan sewajarnya yang berkualiti di hospital ini.
Setiap pesakit yang memerlukan rawatan khusus yang tidak terdapat di hospital ini akan dirujuk ke hospital lain yang mempunyai kepakaran yang diperlukan.
Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas.
Segala maklumat mengenai pesakit dan rawatannya adalah rahsia serta disimpan di Unit Rekod Perubatan. Maklumat tersebut hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinan yang tertakluk kepada undang-undang.

Setiap pesakit akan diberi penerangan yang jelas mengenai prosedur dan rawatan yang dicadangkan termasuk risiko dan pilihan yang ada.

Piagam Pelanggan Teras KKM Telah Ditetapkan Seperti Berikut:

Semua pesakit yang ditakrifkan oleh Malaysia Triage Category (MTC) sebagai kes Merah akan dirawat oleh PEgawai Perubatan di Jabatan Kecemasan Hospital dengan serta merta - sasaran 100%.

Numerator : Number of MTC Red patients who are attended by ED staff immediately.

Denominator : Total number of MTC Red patients.