Sejarah Hospital Kuala Kubu Bharu
Hospital Kuala Kubu Bharu dibina pada tahun 1936. Hospital ini dipindahkan ke tempat baru selepas pekan yang lama musnah akibat banjir. Pada masa itu, hospital ini memberi perkhidmatan kepada askar British, pekerja lombong timah dan pekerja estet disekitar kawasan Kuala Kubu Bharu. Pada peringkat awalnya, hospital ini terdiri daripada 4 buah wad, sebuah bangunan Pentadbiran / Jabatan Pesakit Luar dan Dewan Bedah. Luas kawasan hospital ini adalah 37 ekar dan kawasan yang dibangunkan adalah lebih kurang 16 ekar.
Tahun Pembangunan Hospital
1936
Bangunan hospital dibina.
1936
1961
Sebuah bangunan Wad Tibi 2 tingkat dibina.
1963
Bangunan Wad Bersalin dibina.
1963
1965
Bangunan Pentadbiran disambung bagi menempatkan Jabatan Pesakit Luar dan Jabatan Kemalangan dan Kecemasan.
1982
Bangunan Dewan Bedah dan Makmal Perubatan dibina.
1982
1985
Stor bagi bahan mudah terbakar dibina.
1986
Bangunan Dispensari disambung.
1986
1988
Jabatan Kemalangan dan Kecemasan diubahsuai.
1989
Stor Perubatan (Non Drug) dibina.
1989
1991
Stor Perubatan dan Pejabat Pentadbiran Unit Farmasi dibina.
1994
Pembukaan Jabatan Pesakit Luar yang baru dan Klinik Pakar.
1994
2001
Pembinaan Unit Fisioterapi.
2004
Pembinaan Unit Haemodialisis
2004
2009
Penyubahsuaian Unit Sajian.
2009
Pembinaan Unit Forensik baru.
2009
2010
Pembinaan tambahan Unit Haemodialisis.
2010
Naiktaraf Unit Farmasi.
2010
2010
Pembinaan Bilik Penyelia Jururawat.