IMG 20190226 WA0014

Hospital Kuala Kubu Bharu telah menerima Pengiktirafan Diamond ‘Diamond Recognition’ untuk Kategori Rakan Kongsi bagi Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) sempena Anugerah Bandar Rendah Karbon 2020 yang dianjurkan oleh Malaysia Green Technology & Climate Change Centre(MGTC) agensi di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) pada 6 April 2021. Majlis tersebut telah berlangsung di Hotel Marriot, Putrajaya. Anugerah telah disampaikan oleh Y.B. Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man, Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) dan telah diterima oleh Dr. Mohd Basil bin Sulaiman, Pengarah Hospital KKB.
 
Melalui pengiktirafan ini, Hospital KKB telah pengiktirafan 3 Diamond melalui elemen tenaga dengan pengurangan pelepasan karbon sebanyak 14.12% bersamaan 171.87 tCo 2e.
 
Pihak Hospital KKB mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak MDHS dan MGTC di atas pengiktirafan yang diberikan ini. Pihak kami akan komited dalam jalinan kerjasama yang akan teruskan ke arah merealisasikan Hulu Selangor sebagai Bandar Rendah Karbon 2035.