Hak dan Tanggungjawab Pesakit

HAK & TANGGUNGJAWAB PESAKIT & KELUARGA

  PESAKIT & KELUARGA BERHAK :

  1. Dinilai & dirawat dengan penuh kehormatan, bermaruah & privasi berdasarkan nilai peribadi, agama dan keperluan khas.
  2. Menerima rawatan yang berkesan dan tepat dengan masalah kesihatan yang dihadapi tanpa mengira umur, jantina, bangsa dan agama serta status ekonomi dalam suasana yang professional.
  3. Diberikan penerangan mengenai prosedur dan ujian yang akan dilakukan sebelum memberikan kebenaran untuk prosedur dan ujian tersebut.
  4. Mengetahui tahap kesihatan, rawatan terkini, perkembangan penyakit yang dihadapi dan perancangan rawatan yang selanjutnya.
  5. Memilih atau menolak tempat atau jenis rawatan yang diberikan.
  6. Melibatkan ahli keluarga dalam perbincangan dan membuat keputusan berkaitan penjagaan dan rawatan.
  7. Dimaklumkan mengenai perkhidmatan yang tidak terdapat di hospital ini dan dirujuk ke hospital atau institusi lain yang relevan.
  8. Mendapat pandangan supaya dirujuk ke hospital lain.
  9. Menemani anak sepanjang masa, semasa mendapatkan rawatan di hospital (bawah 12 tahun).
  10. Dipanggil dengan nama dan mendapat maklumat dalam bahasa yang anda fahami.
  11. Mengetahui nama, identiti serta tugas anggota kesihatan yang terlibat dalam perawatan.
  12. Mengamalkan kepercayaan, budaya dan kerohanian tanpa menggangu pesakit lain dan mendapatkan khidmat nasihat kerohanian .
  13. Diberikan pilihan samaada bersetuju atau tidak untuk terlibat dalam temu bual, kajian, dirakam dan diambil gambar.
  14. Diuruskan dengan baik jika berlaku bencana dan diberikan perlindungan sepanjang masa.
  15. Menghormati hasrat pesakit atau keluarga agar tidak dilakukan resusitasi & diberikan penjagaan dengan penuh rasa hormat & belas kasihan sewaktu peringkat akhir kehidupan terutamanya keselesaan dan harga diri pesakit.
  16. Diberitahu tentang wujudnya kemudahan bagi membuat aduan dan mempunyai hak mengambil bahagian dalam penyiasatan.


UBAT-UBATAN

  1. Memohon maklumat berkenaan ubat-ubatan dan kesan sampingan.
  2. Menyoal jika terdapat keraguan dalam rawatan ubatan yang diberikan.

REKOD PERUBATAN

  1. Memohon laporan perubatan di Unit Rekod, HKKB dengan kadar bayaran yang ditetapkan.
  2. Maklumat perubatan anda adalah sulit dan disimpan di tempat yang selamat.
  3. Rekod perubatan anda hanya boleh diakses oleh anggota yang berkenaan sahaja.

BIL BAYARAN

  1. Mendapatkan maklumat tentang bayaran dan memohon bil terperinci di Unit Hasil, HKKB.

PENDIDIKAN KESIHATAN

  1. Diberikan pendidikan kesihatan berkaitan dengan penyakit anda.

TANGGUNG-JAWAB PESAKIT & KELUARGA :

  1. Memberikan maklumat yang tepat tentang penyakit, sejarah penyakit dan kemasukan ke wad, rawatan terkini dan sejarah penyakit yang berkaitan.
  2. Memberi maklumat waris terdekat, nama, alamat dan nombor telefon yang betul dan terkini.
  3. Mematuhi nasihat rawatan, pemakanan khas dan temu janji.
  4. Menjaga hartabenda dan kemudahan yang disediakan oleh hospital.
  5. Memaklumkan anggota jika anda mengalami masalah, alahan, memerlukan penerangan dan bantuan.
  6. Menghormati pesakit dan orang lain yang berada di sekeliling anda.
  7. Menghormati dan memberikan kerjasama kepada anggota hospital
  8. Mematuhi polisi hospital:
  9. Peraturan waktu melawat dan bilangan pelawat yang dibenarkan.
  10. Mengamalkan mencuci tangan atau hand rub sebelum dan selepas melawat pesakit.
  11. Meletakkan kenderaan ditempat yang disediakan.
  12. Menghormati dan memberikan kerjasama kepada anggota hospital
  13. Pesakit dan keluarga dilarang:
    1. Membawa barang berharga atau jumlah wang berlebihan.
    2. Meningggalkan wad atau kawasan tanpa memaklumkan jururawat yang menjaga.
    3. Membuang sampah merata-rata di kawasan hospital. Sila gunakan tong sampah yang disediakan.
    4. Dilarang merokok di dalam wad dan kawasan hospital.
    5. Merakam video dan mengambil gambar semasa rawatan dan di dalam kawasan hospital.
  14. Peranan anda untuk keselamatan :
  15. Anda dikehendaki memakai tanda nama, RN, wad atau unit dipergelangan tangan pada setiap masa di wad.
  16. Kanak-kanak di bawah 12 tahun tidak digalakkan melawat hospital (mengikut kriteria tertentu) kecuali untuk mendapatkan rawatan.
  1. Sekiranya anda berisiko untuk jatuh :
    1. Minta bantuan anggota apabila hendak berpindah ke kerusi roda dari katil atau semasa hendak ke tandas.
    2. Elakkan menggunakan selipar yang licin.
    3. Memastikan pagar katil dinaikkan.

Waktu Melawat

Isnin - Jumaat :

12.30 tengahari - 2.00 petang

4.30 petang - 7.00 petang

Hari Sabtu, Ahad & Cuti Am :

12.30 tengahari - 7.00 petang

Kecemasan :

Dibuka 24 jam