Pengenalan

Hospital Kuala Kubu Bharu merupakan sebuah hospital daerah yang memberi perkhidmatan pakar atas rawatan. Terdapat 10 orang Pegawai Perubatan yang bertugas untuk merawat pesakit di hospital ini. Hospital ini mempunyai 150 katil dengan 7 buah wad. Hospital Kuala Kubu Bharu terdiri daripada 13 unit utama iaitu:-

  • Unit Pengurusan
    • Pentadbiran dan Perkhidmatan
    • Kewangan dan Hasil
    • Teknologi Maklumat
    • Kejuruteraan Operasi

  • Unit Kecemasan dan Trauma
    • Kecemasan dan Trauma
    • Bilik Daftar Masuk
    • Bilik Pemandu

  • Unit Forensik

  • Jabatan Pesakit Luar
    • Pesakit Luar
    • Klinik Pakar
    • Klinik Diabetis

  • Unit Pesakit Dalam
    • Pesakit Dalam
    • Kawalan Jangkitan

  • Unit Hemodialisis

  • Unit Rehabilitasi
    • Pemulihan Anggota
    • Pemulihan Carakerja

  • Unit Farmasi

  • Unit Patalogi
    • Patalogi
    • Transfusi Darah

  • Unit Rekod Perubatan

  • Unit Pengimejan dan Diagnostik

  • Unit CSSU

  • Unit Sajian

Hospital Kuala Kubu Bharu menyediakan Klinik Pakar atas lawatan iaitu:-

  • Klinik Pakar Perubatan Am
  • Klinik Pakar Pembedahan Am
  • Klinik Pakar Pediatrik
  • Klinik Pakar Otopedik
  • Klinik Pakar Obstetrik dan Ginekologi
  • Klinik Pakar Oftalmologi
  • Klinik Pakar Psikiatrik
  • Klinik Pakar Perubatan Keluarga

Waktu Melawat

Isnin - Jumaat :

12.30 tengahari - 2.00 petang

4.30 petang - 7.00 petang

Hari Sabtu, Ahad & Cuti Am :

12.30 tengahari - 7.00 petang

Kecemasan :

Dibuka 24 jam