Misi, Visi & Objektif

Misi Hospital Kuala Kubu Bharu

Menggalakkan dan meningkatkan taraf kesihatan maysarakat Daerah Hulu Selangor melalui perkhidmatan rawatan pesakit yang adil dan saksama, mampu diperolehi, efesyen, menggunakan teknologi yang bersesuaian dan berupaya berubah mengikut masa dan persekitaran serta mesra pelanggan.

Visi Hospital Kuala Kubu Bharu

Ke arah masyarakat sihat melalui sistem perkhidmatan rawatan perubatan yang cekap, prihatin, mesra, berkesan, seimbang dan mampu dinikmati oleh semua peringkat masyarakat.

Objektif Hospital Kuala Kubu Bharu

Sejajar dengan Dasar Ekonomi Baru Hospital Kuala Kubu Bharu mempunyai objektif-objektif seperti:-

  • menyediakan perkhidmatan pengesahan, perawatan dan pemulihan kepada pesakit-pesakit yang memerlukan untuk menyelamatkan nyawa dan komplikasi kesihatan bagi mencapai pemulihan yang awal dan maksima.
  • memperbaiki dan meninggikana taraf kesihatan rakyat dan memberikan perkhidmatan perawatan, pencegahan dan pemulihan yang berkesan.
  • menyediakan latihan yang mencukupo dan bermutu tinggi bagi memenuhi keperluan dan tenaga profesional semasa akan datang bagi program perawatan.

Waktu Melawat

Isnin - Jumaat :

12.30 tengahari - 2.00 petang

4.30 petang - 7.00 petang

Hari Sabtu, Ahad & Cuti Am :

12.30 tengahari - 7.00 petang

Kecemasan :

Dibuka 24 jam