Sejarah Hospital Kuala Kubu Bharu

Hospital Kuala Kubu Bharu dibina pada tahun 1936. Hospital ini dipindahkan ke tempat baru selepas pekan yang lama musnah akibat banjir. Pada masa itu, hospital ini memberi perkhidmatan kepada askar British, pekerja lombong timah dan pekerja estet disekitar kawasan Kuala Kubu Bharu. Pada peringkat awalnya, hospital ini terdiri daripada 4 buah wad, sebuah bangunan Pentadbiran / Jabatan Pesakit Luar dan Dewan Bedah. Luas kawasan hospital ini adalah 37 ekar dan kawasan yang dibangunkan adalah lebih kurang 16 ekar.

  • Tahun - Pembangunan Hospital
  • 1936 - Bangunan hospital dibina.
  • 1961 - Sebuah bangunan Wad Tibi 2 tingkat dibina.
  • 1963 - Bangunan Wad Bersalin dibina.
  • 1965 - Bangunan Pentadbiran disambung bagi menempatkan Jabatan Pesakit Luar dan Jabatan Kemalangan dan Kecemasan.
  • 1982 - Bangunan Dewan Bedah dan Makmal Perubatan dibina.
  • 1985 - Stor bagi bahan mudah terbakar dibina.
  • 1986 - Bangunan Dispensari disambung.
  • 1988 - Jabatan Kemalangan dan Kecemasan diubahsuai.
  • 1989 - Stor Perubatan (Non Drug) dibina.
  • 1991 - Stor Perubatan dan Pejababt Pentadbiran Unit Farmasi dibina.
  • 1994 - Pembukaan Jabatan Pesakit Luar yang baru dan Klinik Pakar.
  • 2001 - Pembinaan Unit Fisioterapi.
  • 2004 - Pembinaan Unit Haemodialisis
  • 2009 - Penyubahsuaian Unit Sajian.
  • 2009 - Pembinaan Unit Forensik baru.
  • 2010 - Pembinaan tambahan Unit Haemodialisis.
  • 2010 - Naiktaraf Unit Farmasi.
  • 2010 - Pembinaan Bilik Penyelia Jururawat.

Waktu Melawat

Isnin - Jumaat :

12.30 tengahari - 2.00 petang

4.30 petang - 7.00 petang

Hari Sabtu, Ahad & Cuti Am :

12.30 tengahari - 7.00 petang

Kecemasan :

Dibuka 24 jam