Unit Sajian

Misi

  • Merancang penyediaan makanan dengan mematuhi keperluan nutrisi, tatacara proses catering, prinsip kebersihan dan keselamatan makanan, bersesuaian dengan teknologi semaa serta berkualiti.
  • Melaksanakan sistem pengurusan dengan sempurna berdasarkan polisi-polisi, pekeliling-pekeliling dan arahan yang ditetapkan.

Visi

Unit Sajian akan berusaha dalam perkembangan makanan dan promosi kesihatan untuk membantu rawatan pesakit selaras dengan visi dan misi hospital serta Kementerian Kesihatan Malaysia. Sistem pengurusan akan mengutamakan inovasi, teknologi dan pengetahuan terkini ke arah peningkatan berterusan.

Piagam Pelanggan

Kami berjanji:-

  • Setiap pelanggan disediakan diet seimbang yang berkualiti bersesuaian dengan penyakit yang dihadapi.
  • Menyediakan diet tidak lewat 30 minit dari masa yang telah ditetapkan.
  • Memastikan diet dibekalkan kepada pesakit bersih dan terjamin selamat mengikut kehendak Good Manufacturing Practice (GMP).

Waktu Melawat

Isnin - Jumaat :

12.30 tengahari - 2.00 petang

4.30 petang - 7.00 petang

Hari Sabtu, Ahad & Cuti Am :

12.30 tengahari - 7.00 petang

Kecemasan :

Dibuka 24 jam