Unit Rehabilitasi

Pemulihan Anggota

Misi

Menyediakan perkhidmatan yang cekap, penyayang, selamat dan cemerlang berdasarkan nilai-nilai etika dan profesional.

Visi

Menyediakan perkhidmatan fisioterapi yang berkualiti dan mudah diperolehi oleh setiap lapisan masyarakat dan menepati keperluan pesakit serta menyumbang ke arah peningkatan kualiti hayat.

Objektif

  • Menyediakan kualiti perkhidmatan secara berterusan melalui peresapan budaya korporat dan penghayatan nilai-nilai murni dikalangan semasa bertugas.
  • Mempertingkatkan prestasi dan keilmuan kakitangan melalui pendidikan berterusan dan latihan yang komprehensif selari dengan kemajuan teknologi semasa dalam menjalankan tugas.
  • Bekerja dengan lebih gigih dengan tujuan untuk meningkatkan kerja dan prestasi unit.

Piagam Pelanggan

Kami berjanji:-

  • Pelanggan dinilai secara profesional mengikut standard rawatan pemulihan anggota (fisioterapi).
  • Setiap pelanggan diberi penjelasan sebaik mungkin mengenai kaedah rawatan yang diberikan.
  • Pelanggan diberi rawatan dalam masa 20 minit selepas mendaftar.
  • Setiap pelanggan diberi layanan yang baik, mesra, sopan, hormat dan bertimbang rasa tanpa mengira taraf dan agama.

Pemulihan Carakerja

Misi

Memberi rawatan yang berkualiti kepada pelanggan yang dirujuk dengan menggunakan teknik dan teknologi yang terbaik.

Visi

Memberi rawatan pemulihan carakerja yang berkualiti  secara berterusan dan profesional kepada semua pelanggan.

Objektif

  • Memberi rawatan pemulihan carakerja yang sebaik mungkin kepada pesakit luar dan pesakit dalam yang dirujuk.
  • Bekerja dengan lebih gigih dengan tujuan untuk meningkatkan kerja dan prestasi unit.

Piagam Pelanggan

Rawatan Pesakit Luar

Kami berjanji:-

  • Pelanggan diberi rawatan dalam masa 15 minit selepas pendaftaran.
  • Pelanggan dimaklumkan tarikh susulan jika ada.

Rawatan Pesakit Dalam

Kami berjanji:-

  • Pelanggan diberi rawatan dalam masa 1 hari bekerja selepas menerima rujukan.

Waktu Melawat

Isnin - Jumaat :

12.30 tengahari - 2.00 petang

4.30 petang - 7.00 petang

Hari Sabtu, Ahad & Cuti Am :

12.30 tengahari - 7.00 petang

Kecemasan :

Dibuka 24 jam