Unit Pesakit Luar

Pengenalan

Unit Pesakit Luar sebelum ini adalah di bawah Pentadbiran Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor dan diambil oleh Pentadbiran Hospital Kuala Kubu Bharu pada Oktober 2005 sepenuhnya. Terdapat sub-sub unit di bawah Unit Pesakit Luar iaitu, Bilik Pendaftaran Kad, Klinik Pakar dan Klinik Diabetis.

Misi

Unit Pesakit Luar akan menyediakan perkhidmatan yang cekap melalui budaya kerja berpasukan, profesional, penyayang, berdedikasi dan bertanggungjawab serta mengamalkan nilai-nilai murni di dalam melaksanakan program kesihatan awam kehendak pelanggan dan penglibatan masyarakat diutamakan.

Visi

Unit Pesakit Luar akan menerajui perlaksanaan perkhidmatan kesihatan awam yang terunggul bagi mewujudkan individu, keluarga dan masyarakat yang sihat sejahtera dan cemerlang.

Objektif

Unit Pesakit Luar berfungsi untuk meningkatkan taraf kesihatan setiap pelanggan melalui perkhidmatan kesihatan promotif, pencegahan, rawatan dan rehabilitatif secara berterusan seiring dengan kepesatan pembangunan ekonomi dan kemajuan teknologi terkini.

Waktu Perkhidmatan

Waktu operasi Unit Pesakit Luar:-

  • Isnin hingga Khamis : 8.00 pagi hingga 1.00 petang dan 2.00 petang hingga 5.00 petang.
  • Jumaat : 8.00 pagi hingga 12.15 tengahari dan 2.45 petang hingga 5.00 petang.
  • Pada hari cuti mingguan dan hari kelepasan am : 9.00 pagi hingga 2.00 petang.

Masa Pendaftaran di Bilik Pendaftaran Kad:-

  • Isnin hingga Khamis : 7.30 pagi hingga 12.30 tengahari dan 1.45 petang hingga 4.30 petang.
  • Jumaat : 7.30 pagi hingga 11.45 pagi dan 2.30 petang hingga 4.30 petang.

Piagam Pelanggan

Kami berjanji:-

  • Pelanggan diberikan perkhidmatan yang berkualiti dan profesional.
  • Pelanggan yang memerlukan perkhidmatan khusus / tidak terdapat di hospital ini akan dirujuk ke hospital lain.
  • Keutamaan diberikan kepada bayi berumur kurang dari setahun, orang kurang upaya dan warga emas (65 tahun ke atas).
  • Pelanggan diberikan penerangan yang jelas mengenai prosedur dan perkhidmatan yang dicadangkan termasuk risiko dan pilihan yang lain.
  • Pelanggan diberikan perkhidmatan secepat mungkin:-
    • Masa untuk pendaftaran dalam masa 15 minit.
    • Masa menunggu untuk diperiksa oleh Pegawai Perubatan dalam masa 90 minit selepas pendaftaran.

Waktu Melawat

Isnin - Jumaat :

12.30 tengahari - 2.00 petang

4.30 petang - 7.00 petang

Hari Sabtu, Ahad & Cuti Am :

12.30 tengahari - 7.00 petang

Kecemasan :

Dibuka 24 jam