Unit Pesakit Dalam

Pengenalan

Hospital Kuala Kubu Bharu mempunyai 6 wad dengan jumlah katil 150 buah. Setiap wad mempunyai berbeza jumlah katil. Hospital ini menyediakan perawatan pesakit dalaman yang merangkumi diagnostik, penyembuhan, pemulihan dan pendidikan pesakit.

Misi

Menggalakkan dan meningkatkan taraf kesihatan masyarakat Daerah Hulu Selangor melalui perkhidmatan rawatan pesakit yang adil dan saksama, mampu diperolehi, efisyen, menggunakan teknologi yang bersesuaian dan berupaya berubah mengikut persekitaran serta mesra dengan pelanggan.

Visi

Ke arah masyarakat sihat melalui Sistem Perkhidmatan Rawatan Perubatan yang cekap, prihatin, mesra, berkesan, seimbang dan mampu dinikmati oleh semua peringkat masyarakat.

Skop Perkhidmatan

Aktiviti yang dijalankan merangkumi:-

  • Orientasi pesakit.
  • Pemeriksaan fizikal dan tanda vital.
  • Rawatan prosedur.
  • Rawatan dan Perawatan.
  • Pemeriksaan diagnostik.
  • Pendidikan pesakit.
  • Persediaan discaj.

Waktu Melawat

  • Hari Isnin hingga Jumaat : 12.30 tengahari hingga 2.00 petang dan 4.30 petang hingga 7.30 malam.
  • Hari Sabtu, Ahad dan Cuti Am : 12.30 tengahari hingga 7.30 malam.

Piagam Pelanggan

Kami berjanji:-

  • Semua pelanggan diberi orientasi wad.
  • Pelanggan ditempatkan dikatil dalam masa 5 minit masuk ke wad.
  • Rawatan awal diberi dalam masa 10 minit selepas diperiksa oleh Pegawai Perubatan.
  • Komitmen kami ialah memberi pendidikan kesihatan berterusan serta memberi tarikh rawatan susulan.

Kewajiban Pelanggan

  • Mematuhi dan menghormati peraturan wad dan hospital.
  • Mengamalkan nasihat dan pelan rawatan selepas discaj.

BAHAGIAN WAD BERSALIN

Kami berjanji:-

  • Semua pelanggan diberi orentasi wad.
  • Pelanggan ditempatkan dikatil dalam masa 5 minit masuk ke wad.
  • Rawatan awal diberi dalam masa 10 minit selepas diperiksa oleh Pegawai Perubatan.
  • Kes kecemasan diberi rawatan serta merta.
  • Komitmen kami ialah memberi pendidikan berterusan serta memberi tarikh rawatan susulan.

Kewajiban Pelanggan

  • Mematuhi dan menghormati peraturan wad dan hospital.
  • Mengamalkan nasihat dan pelan rawatan selepas discaj.

Waktu Melawat

Isnin - Jumaat :

12.30 tengahari - 2.00 petang

4.30 petang - 7.00 petang

Hari Sabtu, Ahad & Cuti Am :

12.30 tengahari - 7.00 petang

Kecemasan :

Dibuka 24 jam