Unit Pengimejan dan Diagnostik

Misi

Menggalakkan dan meningkatkan taraf kesihatan penduduk disini dengan menggunakan pemeriksaan yang bersesuaian dan berupaya menghasilkan keputusan diagnostik yang optima dan kadar radiasi yang minima.

Visi

Ke arah pencapaian kesihatan yang sempurna melalui perkhidmatan yang diberi berdasarkan kecekapan, keperihatian dan kemesraan pelanggan.

Fungsi Unit

  • Menyediakan perkhidmatan diagnostik apabila ada permintaan dari Pegawai Perubatan.
  • Perkhidmatan yang disediakan adalah pemeriksaan x-ray biasa dan pemeriksaan khas seperti IVP.

Skop Perkhidmatan

  • Pengendalian pemeriksaan radiologi.
  • Pemonitoran dos radiasi untuk anggota radiologi.
  • Pengurusan mendapatkan laporan Pakar Radiologi.
  • Menganalisa filem-filem x-ray yang ditolak.

Piagam Pelanggan

Kami berjanji:-

  • Semua pelanggan yang dirujuk diberi perkhidmatan diagnostik.
  • Pemeriksaan khas seperti Intravenous Pyelogram (IVP) akan dimulakan dalam masa 30 minit.
  • Semua pemeriksaan x-ray (biasa diselesaikan dalam masa 45 minit).

Waktu Melawat

Isnin - Jumaat :

12.30 tengahari - 2.00 petang

4.30 petang - 7.00 petang

Hari Sabtu, Ahad & Cuti Am :

12.30 tengahari - 7.00 petang

Kecemasan :

Dibuka 24 jam