Unit Patalogi

Misi

Menyediakan perkhidmatan diagnosis ujian-ujian makmal dengan cekap, cepat, dipercayai dan berkualiti dengan menggunakan teknologi yang bersesuaian dan berupaya berubah mengikut persekitaran serta mesara dengan pelanggan.

Visi

Ke arah perkhidmatan diagnosis yang berkualiti dan berkesan melalui kawalan sistem pengurusan kualiti dan teknologi terkini yang bersesuaian bagi menyokong dasar kualiti Hospital Kuala Kubu Bharu.

Objektif

Perkhidmatan diagnosa bagi ujian STAT akan dilaksanakan dalam masa 90 minit bagi Unit Patalogi hendaklah tidak kurang 90% dari jumlah permohonan.

Fungsi Unit

  • Menyediakan perkhidmatan ujian-ujian rutin patokimia dan ujian dadah merbahaya.
  • Menyediakan perkhidmatan ujian-ujian klinikal.
  • Menyediakan perkhidmatan ujian-ujian rutin hematologi.
  • Menyediakan perkhidmatan tabung darah dan unit bergerak tabung darah.
  • Menyediakan perkhidmatan rujukan bagi klinik-klinik kesihatan Daerah Hulu Selangor, agensi-agensi kerajaan dan swasta serta rujukan lain yang berkaitan.

Skop Perkhidmatan

Perkhidmatan Patalogi ini terbahagi kepada empat bahagian yang utama. Bahagian-bahagian ini ialah:-

  • Makmal Patokimia
  • Makmal Klinikal
  • Makmal Hematologi
  • Tabung Darah
  • Makmal Rujukan - sebagai makmal rujukan kepada klinik kesihatan sekitar Daerah Hulu Selangor.

Bagi ujian-ujian yang tidak dapat dijalankan oleh perkhidmatan ini, spesimen akan dihantar ke Makmal Rujukan seperti Hospital Selayang, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Hospital Sungai Buloh, Hospital Kuala Lumpur, Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan Sungai Buloh (MKAK), Pusat Darah Negara (PDN) dna Jabatan Kimia, Petaling Jaya.

Waktu Perkhidmatan

  • Ujian Rutin
    • Isnin hingga Jumaat : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
  • Ujian Selepas Waktu Pejabat (Tugas Atas Panggilan / Oncall)
    • Isnin hingga Jumaat : 5.00 petang hingga 8.00 malam
    • Sabtu / Ahad dan Cuti Am : 8.00 pagi hingga 8.00 malam
    • Ujian Rutin dari Jabatan Pesakit Luar : 9.00 pagi hingga 2.00 petang sahaja
  • Ujian STAT / Segera
    • Bila-bila masa.

Piagam Pelanggan

Kami berjanji:-

  • Pelanggan diberi penerangan yang jelas dan lengkap mengenai ujian yang diminta apabila perlu.
  • Semua ujian segera dimulakan analisis dalam masa 15 minit setelah menerima spesimen.
  • Setiap spesimen yang diterima dikendalikan mengikut prosedur dan piawaian yang ditetapkan. (Setiap jenis ujian mengambil masa analisis yang berlainan).

Waktu Melawat

Isnin - Jumaat :

12.30 tengahari - 2.00 petang

4.30 petang - 7.00 petang

Hari Sabtu, Ahad & Cuti Am :

12.30 tengahari - 7.00 petang

Kecemasan :

Dibuka 24 jam