Unit Kecemasan dan Trauma

Misi

Memberi perkhidmatan profesional yang efisyen dan mesra pelanggan mengikut prosedur kerja yang teratur dan seragam serta arahan pentadbiran yang ditetapakn.

Visi

Ke arah masyarakat sihat dengan mengurangkan kadar komplikasi melalui kaedah perawatan terkini.

Objektif

Memberi rawatan kecemasan kepada pesakit melalui proses kerja yang berkualiti dan berdedikasi supaya dapat menyelamat pesakit secepat mungkin.

Piagam Pelanggan

Kami berjanji:-

  • Setiap pesakit diberi rawatan serta merta sewajarnya yang berkualiti dan profesional.
  • Setiap pesakit yang memerlukan rawatan lanjut / khusus yang tidak terdapat di hospital ini akan dirujuk ke hospital lain yang sesuai.
  • Keutamaan diberikan kepada pesakit tenat (kritikal), kanak-kanak dan dewasa yang memerlukan rawatan serta merta seperti:-
    • Kemalangan jalanraya
    • Serangan sakit jantung
    • Keracunan
    • Lain-lain kes yang boleh membawa maut jika dirawat segera.
  • Setiap pesakit diberi perkhidmatan secepat mungkin mengikut masa:-
    • Kes kritikal - serta merta

Kewajiban Pelanggan

Pelanggan serta saudara mara pelanggan hendaklah bersabar ketika para petugas di unit ini memberi rawatan.

Waktu Melawat

Isnin - Jumaat :

12.30 tengahari - 2.00 petang

4.30 petang - 7.00 petang

Hari Sabtu, Ahad & Cuti Am :

12.30 tengahari - 7.00 petang

Kecemasan :

Dibuka 24 jam