Unit Hemodialisis

Misi

Memberi perkhidmatan yang terbaik menerusi penggunaan teknologi terkini, penyelidikan, pendidikan kesihatan yang berterusan seiring dengan perkembangan perubatan semasa.

Visi

Mewujudkan sebuah pusat perkhidmatan hemodialisis yang cemerlang di Daerah Hulu Selangor.

Objektif

  • Memberi perawatan hemodialisis yang berkualiti kepada pesakit buah pinggang end stage renal railure.
  • Menyediakan Klinik Nefrologi untuk pesakit yang menjalani rawatan dialisis dan pesakit yang dirujuk.

Piagam Pelanggan

Kami berjanji:-

  • Pelanggan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas.
  • Semua pesakit diberi rawatan dialisis yang berkualiti iaitu 3 kali seminggu dan setiap rawatan biasa selama 4 jam satu sesi.
  • Pelanggan diberi penerangan yang jelas mengenai prosedur, rawatan dan pilihan lain yang dicadangkan termasuk risiko.
  • Pelanggan diberi temujanji dengan Pakar Pelawat Nefrologi setiap bulan.

Waktu Melawat

Isnin - Jumaat :

12.30 tengahari - 2.00 petang

4.30 petang - 7.00 petang

Hari Sabtu, Ahad & Cuti Am :

12.30 tengahari - 7.00 petang

Kecemasan :

Dibuka 24 jam