Unit Forensik

Misi

Mengamalkan kerja berpasukan dan mengadakan perkongsian bistari dengan lain sektor awam, swasta, masyarakat dan individu.

Visi

Mengutamakan kualiti dan inovasi di dalam memberikan perkhidmatan dan mempunyai suasana persekitaran yang selesa dan menyenangkan pelanggan.

Skop Perkhidmatan

  • Menyimpan mayat dari luar dan dalam hospital.
  • Melakukan bedah siasat kes-kes Medico Legal (atas arahan polis).

Piagam Pelanggan

Kami berjanji:-

  • Prosedur bedah siasat hanya dilakukan dengan kebenaran pihak polis menggunakan Borang Polis 61.
  • Jenazah boleh dituntut bila-bila masa setelah prosedur siap dilakukan.
  • Prosedur bedah siasat hanya dilakukan pada waktu pejabat (8.00 pagi hingga 5.00 petang).

Kewajiban Pelanggan

  • Mematuhi semua prosedur di Unit Forensik.
  • Waris terdekat dan polis wajib hadir untuk mengecam jenazah.

Waktu Melawat

Isnin - Jumaat :

12.30 tengahari - 2.00 petang

4.30 petang - 7.00 petang

Hari Sabtu, Ahad & Cuti Am :

12.30 tengahari - 7.00 petang

Kecemasan :

Dibuka 24 jam