Unit Farmasi

Misi

Memberi perkhidmatan farmasi bersepadu yang profesional secara berterusan dari segi pembekalan ubat secara efisien dan selamat dan berkonsepkan penjagaan farmaseutikal.

Visi

Ke arah perkhidmatan farmasi yang berkualiti untuk kesihatan dan kesejahteraan negara.

Objektif

  • Memberi perkhidmatan pembekalan ubat-ubatan dengan mesra, cekap dan berkesan, seiring dengan panduan yang disediakan oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Menyediakan perkhidmatan farmasi klinikal secara profesional dan sentiasa ditambah baik bagi memenuhi keperluan pesakit.
  • Menyediakan perkhidmatan farmasi yang berkualiti, cekap dan kos-efektif dalam terapi ubat-ubatan untuk semua pesakit.

Piagam Pelanggan

Farmasi Pesakit Luar

Kami berjanji dan komited untuk perkhidmatan kepada pelanggan dengan:-

  • Memastikan ubat-ubatan yang betul dibekalkan tidak melebihi 30 minit bagi preskripsi yang lengkap diterima.
  • Memastikan pelanggan yang berdaftar dengan Sistem Termujanji Farmasi mendapat bekalan ubat susulan pada tarikh yang dijanjikan.

Farmasi Pesakit Dalam

Kami berjanji dan komited untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan:

  • Memastikan pembekalan ubat ke wad / unit bagi preskripsi / pesanan yang lengkap diterima dalam tempoh masa 4 jam dalam waktu pejabat.

Farmasi Logistik

Kami berjanji dan komited untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan:

  • Membekalkan item standard kepada pemesan tidak melebihi empat belas (14) hari bekerja selepas pesanan lengkap diterima.
  • Membekalkan item bukan standard kepada pemesan-pemesan selepas pesanan yang lengkap diterima, tidak melebihi tujuh (7) hari bekerja selepas bekalan diterima di Unit Farmasi Logistik.

Waktu Melawat

Isnin - Jumaat :

12.30 tengahari - 2.00 petang

4.30 petang - 7.00 petang

Hari Sabtu, Ahad & Cuti Am :

12.30 tengahari - 7.00 petang

Kecemasan :

Dibuka 24 jam