Unit Kejuruteraan Operasi

 

Misi

Unit Kejuruteraan Operasi akan memastikan perkhidmatan yang berkualiti dengan :

1. Memantau dan menyelaras perkhidmatan fasiliti hospital, kondisi peralatan perubatan dan bukan perubatan, kebersihan, linen dan pelupusan sisa klinikal diurus dengan berkesan

2. Menjalankan pemeriksaan dan audit teknikal bagi semua sistem fasiliti hospital termasuk kemudahan asas dan awam.

3. Memberikan khidmat nasihat teknikal secara profesional berkaitan perkhidmatan kejuruteraan.

4. Mewujudkan satu budaya kerja berpasukan dan bekerjasama di antara Unit Kejuruteraan Operasi di dalam negeri Selangor dan Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Visi

Menyelia Khidmat Sokongan Hospital (KSH) serta memberikan perkhidmatan kejuruteraan secara profesional bagi memastikan kelancaran serta kesempurnaan operasi hospital.

Objektif

1. Memantau pelaksanaan Khidmat Sokongan Hospital (KSH) bagi perkhidmatan linen, pembersihan, pengurusan sisa klinikal, kejuruteraan fasiliti dan kejuruteraan biomedikal agar ianya dilaksanakan mengikut Perjanjian Konsesi.

2. Melindungi kepentingan Kementerian Kesihatan Malaysia dan pengguna-pengguna hospital dengan memastikan keperluan di dalam konsesi dipenuhi.

3. Memastikan Khidmat Sokongan Hospital yang diberikan oleh syarikat konsesi adalah berterusan, cekap dan selamat mengikut piawaian yang ditetapkan.

4. Menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas siste,, pemasangan, loji dan peralatan jentera/mekaninal, elektrikal dan biomedikal yang berkaitan.

5. Memberikan pendidikan dan latihan kepada pengguna bagi mempertingkatkan pemahaman tentang Khidmat Sokongan Klinikal.

Waktu Melawat

Isnin - Jumaat :

12.30 tengahari - 2.00 petang

4.30 petang - 7.00 petang

Hari Sabtu, Ahad & Cuti Am :

12.30 tengahari - 7.00 petang

Kecemasan :

Dibuka 24 jam