Hak dan Tanggunjawab Pesakit

Hak

Sebagai pesakit anda layak untuk:-

  • Mendapatkan rawatan yang saksama.
  • Dilayan dengan penuh kehormatan dan maruah.
  • Mengenali pengamal perubatan yang terlibat di dalam perawatan serta jawatannya.
  • Mendapatkan rawatan yang bertepatan dengan masalah kesihatan yang dialami.
  • Mendapatkan maklumat yang tepat mengenai status kesihatan, perancangan rawatan dan ubatan sebelum memberi kebenaran untuk rawatan.
  • Diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam membuat keputusan mengenai masalah kesihatan yang dialami.
  • Mendapatkan rawatan berterusan melalui komunikasi yang tepat dengan pengamal perubatan.
  • Mendapatkan pengurusan komplikasi yang sesuai dan tepat.
  • Menerima rawatan di dalam persekitaran yang selamat dan selesa.
  • Kerahsiaan maklumat perubatan dan mendapatkan laporan perubatan bila perlu.
  • Mendapatkan maklumat mengenai polisi dan prosedur mengenai pendermaan organ dan kebebasan dalam membuat keputusan.
  • Menyuarakan ketidakpuasan hati melalui prosedur yang mudah.
  • Mendapatkan maklumat terperinci bagi bil bayaran hospital.

Tanggungjawab

Bagi memastikan perawatan yang selamat dan berkesan, pesakit dan ahli keluarga dikehendaki untuk:-

  • Memberi maklumat yang tepat mengenai sejarah kesihatan semasa dan terdahulu termasuk ubatan dan sejarah alahan.
  • Memberi maklumat peribadi yang tepat dan terkini.
  • Mematuhi perancangan rawatan, nasihat pemakanan dan arahan spesifik yang lain serta nasihat rawatan lanjut.
  • Memakai jalur pengenalan pergelangan tangan setiap masa.
  • Meminta bantuan sekiranya berisiko untuk jatuh.
  • Memaklumkan kepada petugas di wad sekiranya keluar dari wad sekitar premis hsopital selepas dimasukkan ke wad.
  • Menghormati dan bertimbang rasa dengan pesakit lain dan ahli keluarga mereka.
  • Mematuhi polisi hospital berkenaan dengan masa rawatan, kebersihan tangan, tidak merokok, hospital rakan bayi, rakan kanak-kanak dan rakan suami serta kemudahan pesakit.
  • Memastikan persekitaran hospital bersih.
  • Menyimpan barangan berharga di rumah.
  • Meletakkan kenderaan di tempat letak kereta yang disediakan untuk pelawat.

Waktu Melawat

Isnin - Jumaat :

12.30 tengahari - 2.00 petang

4.30 petang - 7.00 petang

Hari Sabtu, Ahad & Cuti Am :

12.30 tengahari - 7.00 petang

Kecemasan :

Dibuka 24 jam