Perutusan Pengarah

gambarpengarah

Salam Sejahtera dan Salam Sihat Sehati Sejiwa,

Ucapan Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Hospital Kuala Kubu Bharu. Laman Web Rasmi Hospital Kuala Kubu Bharu ini adalah merupakan satu lagi usaha Hospital Kuala Kubu Bharu dalam mempertingkatkan lagi kualiti perkhidmatan yang disediakan khususnya dari segi penyebaran maklumat-maklumat seperti profil, fungsi dan perkhidmatan yang disediakan oleh Hospital Kuala Kubu Bharu. Portal ini juga bertujuan untuk memudahkan komunikasi di antara pelanggan dan Hospital Kuala Kubu Bharu khususnya.

Adalah menjadi harapan kami, agar laman web ini dapat memberi maklumat penting dan bermanfaat kepada pelanggan. Kami mengalu-alukan pandangan dan komen anda bagi membantu kami dalam usaha-usaha untuk mempertingkatkan lagi kualiti perkhidmatan yang disediakan kepada semua pelanggan.

Saya sebagai pengarah hospital ingin menyeru kepada anggota Hospital Kuala Kubu Bharu agar menerapkan moto 'Kami Sedia Membantu' dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam memberikan layanan profesionalisme kepada pelanggan agar dapat memenuhi ekspektasi pelanggan terhadap Hospital Kuala Kubu Bharu dan Kementerian Kesihatan Malaysia khususnya.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan syabas dan terima kasih kepada semua yang telah memberikan sumbangan penting dalam pembinaan Laman web Rasmi Hospital Kuala Kubu Bharu ini. Diharapkan usaha-usaha pengemaskinian maklumat mengenai perkhidmatan senantiasa berterusan dari semasa ke semasa oleh Ketua-ketua Jabatan dan Ketua-ketua Unit di Hospital Kuala Kubu Bharu ini.

Selamat melayari laman Web Rasmi Hospital Kuala Kubu Bharu.

 

DR. JASMEET SINGH a/l SUCHA SINGH

Pengarah Hospital

Hospital Kuala Kubu Bahru

Selangor

 

 

Visiting Time

Monday - Friday

12.30 pm to 2.00 pm

4.30 pm to 7.00 pm

Saturday, Sunday & Public Holiday

12.30 pm to 7.00 pm

Emergency

Open 24 hours