Lawatan Mengejut 'Turun Padang' YBhg Datuk KPK ke Hospital Kuala Kubu Bharu


ED

Satu lawatan mengejut oleh Ketua Pengarah Kesihatan YBhg. Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah telah diadakan di Hospital Kuala Kubu Bharu pada 3 April 2017. Lawatan diiringi oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Murniati binti Hj.Hassan, Pengarah Hospital Kuala Kubu Bharu, Dr. Jasmeet Singh a/l Sucha Singh serta ketua-ketua unit di Hospital Kuala Kubu Bharu.

Sepanjang kehadiran beliau di Hospital Kuala Kubu Bharu, beliau sempat melawat ke Unit Kecemasan dan Trauma, Wad Bersalin, Wad Kanak-Kanak, Wad Pemerhatian, Wad Lelaki, Wad Wanita serta Unit Hemodialisis.

Semasa lawatan, YBhg. Datuk Dr. sempat berbual mesra dengan pesakit di hospital dan menerima maklumbalas dari pesakit-pesakit serta ahli kelurga yang memaklumkan bahawa mereka berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh pihak Hospital Kuala Kubu Bharu. Pesakit menyatakan ucapan terima kasih kerana dengan adanya hospital di kawasan Kuala Kubu Bharu, pesakit tidak perlu pergi jauh untuk mendapatkan rawatan hospital.

YBhg. Datuk Dr. juga sempat mengadakan sesi dialog bersama pihak Hospital bagi membincangkan beberapa isu dan perkara yang memerlukan perhatian serius oleh pihak kementerian. Terdapat juga beberapa cadangan yang diutarakan oleh pihak hospital yang akan diteliti selanjutnya oleh pihak kementerian bagi mengoptimumkan penyampaian perkhidmatan di Hospital Kuala Kubu Bharu.

Ucapan syabas juga dizahirkan kepada semua kakitangan Hospital Kuala Kubu Bharu dan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor di atas perkhidmatan cemerlang yang telah diberikan. Lawatan berakhir pada pukul 5.30 petang. Hospital Kuala Kubu Bharu mengambil kesempatan untuk merakamkan pernghargaan terima kasih yang tidak terhingga di atas kesudian YBhg Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah di atas kesudian beliau melawat ke Hospital Kuala Kubu Bharu. Segala pandangan dan perhatian yang telah diberikan akan dijadikan satu iltizam kepada semua kakitangan dalam memberi dan meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan di Hospital Kuala Kubu Bharu.

lawatan



Wad Kanak2

KU1

Visiting Time

Monday - Friday

12.30 pm to 2.00 pm

4.30 pm to 7.00 pm

Saturday, Sunday & Public Holiday

12.30 pm to 7.00 pm

Emergency

Open 24 hours