MAJLIS SAMBUTAN MINGGU PENYUSUAN SUSU IBU SEDUNIA PERINGKAT HOSPITAL KUALA KUBU BHARU

IMG 20180809 WA0021

 

MAJLIS SAMBUTAN MINGGU PENYUSUAN SUSU IBU SEDUNIA PERINGKAT HOSPITAL KUALA KUBU BHARU

  Pada 07 Ogos 2018. Hospital Kuala Kubu Bharu telah mengadakan satu Majlis Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia yang mana ianya dirasmikan oleh Pengarah Hospital Kuala Kubu Bharu, Dr. Jasmeet Singh a/l Sucha Singh. Seramai 80 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan hospital serta agensi luar telah hadir bagi memeriahkan majlis disamping mendengar ceramah yang bertajuk “Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerja” yang telah disampaikan oleh Puan Zamzurina binti Muhamad Kamaruzaman. Antara info yang telah dikongsi adalah berkaitan dengan Kebaikan Susu Ibu dan Cara Penyimpanan Susu bagi ibu yang berkerja.

    Selain daripada ceramah, terdapat juga sesi perkongsian pengalaman bagi ibu yang berjaya menyusukan bayi secara eksklusif lebih daripada 6 bulan. Ibu-ibu ini terdiri daripada kakitangan yang bekerja di Hospital Kuala Kubu Bharu. Dengan adanya perkongsian pengalaman dari kalangan anggota sendiri, ini dapat memberikan semangat dan info kepada anggota lain untuk sama-sama menyusukan bayi secara eksklusif walaupun dalam tempoh bekerja.

      Di antara aktiviti lain yang juga diselitkan di dalam majlis ini ialah Pertandingan Mewarna oleh kanak-kanak daripada Taska Akademi Polis, Kuala Kubu Bharu .Mereka terdiri daripada kanak-kanak yang berusia di antara 4 hingga 6 tahun.

 

Penyusuan Ibu

 

Pertandingan Mewarna

 

 

Visiting Time

Monday - Friday

12.30 pm to 2.00 pm

4.30 pm to 7.00 pm

Saturday, Sunday & Public Holiday

12.30 pm to 7.00 pm

Emergency

Open 24 hours