14 Julai 2017- Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Daerah Hulu Selangor Tahun 2017

IMG 20170714 WA0006

 

Pada 14 Julai 2017, satu sambutan Majlis Rumah Terbuka  Aidilfitri Peringkat Daerah Hulu Selangor telah diadakan bertempat di Kompleks Sukan Kuala Kubu Bharu. Sebanyak  20 jabatan yang terlibat dalam menjayakan sambutan ini. Antaranya ialah Majlis Daerah Hulu Selangor , Jabatan Kerja Raya, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, PLKN, Pejabat Kesihatan Daerah, IPD,BOMBA dan sebagainya. Hospital Kuala Kubu Bharu juga tidak terlepas untuk menyertai  majlis tersebut dengan menyediakan pelbagai juadah hidangan untuk disajikan kepada para hadirin yang datang.

Tujuan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri ini diadakan adalah untuk mengeratkan sillaturrahim di antara agensi-agensi yang terlibat disamping mengeratkan ukhuwah di kalangan masyarakat setempat.

Diharapkan majlis seperti  ini akan dilaksanakan berterusan setiap tahun bagi mengeratkan lagi hubungan di antara setiap agensi yang berkhidmat di Daerah Hulu Selangor.

Visiting Time

Monday - Friday

12.30 pm to 2.00 pm

4.30 pm to 7.00 pm

Saturday, Sunday & Public Holiday

12.30 pm to 7.00 pm

Emergency

Open 24 hours