Budaya Korporat

>>> Muat Turun Artikel <<<

Latar Belakang Putih

Melambangkan kepentingan kebersihan, keikhlasan dan kesungguhan anggota Kementerian Kesihatan Malaysia menjalankan tugas.

Sentuhan di Hati

Melambangkan kelembutan, kemesraan dan keprihatinan semasa menjalankan tugas.

Hati Berwarna Merah

Melambangkan semangat dan komitmen anggota Kementerian Kesihatan Malaysia untuk meningkatkan mutu perkhidmatan.

Tangan

Melambangkan keikhlasan dan kesediaan untuk membantu.

Nilai-nilai Teras

Menonjolkan prinsip-prinsip yang dipegang semasa menjalankan tugas.

MOTO

Kami Sedia Membantu

Kami - Semua anggota Kementerian Kesihatan Malaysia bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat yang sama.

Sedia - Sentiasa bersiap sedia untuk memberi perkhidmatan secara profesional.

Membantu - Ikhlas semasa memberi bantuan dan menjalankan tugas.

NILAI-NILAI TERAS

Penyayang

Kami komited untuk menerima pelanggan dengan sikap ramah mesra dan penuh perhatian. Kami bersedia memberi layanan dengan bersopan santun, responsif dan menghormati hak individu. Kami bertanggungjawab memberi perkhidmatan yang mesra pelanggan.

Profesionalisme

Kami komited untuk memberi perkhidmatan yang terbaik merangkumi etika dan taraf kerja yang dikehendaki serta prinsip anggota yang bertanggungjawab. Kami percaya dalam memberi perkhidmatan cemerlang dan sentiasa bersedia memenuhi harapan masyarakat.

Kerja Berpasukan

Kami komited bekerja sebagai satu pasukan dengan harmoni bagi mencapai matlamat yang sama.

JANJI KAMI

Kami Sedia Membantu.

Kami Komited terhadap keperluan anda.

Memastikan perkhidmatan yang adil, mesra, rasa hormat dan prihatin.

Kami melaksanakan apa yang dirancang.

Menjanjikan anda tahap profesionalisme yang tertinggi dalam segala urusan penyampaian perkhidmatan.

Kami berdedikasi terhadap tugas.

Bekerjasama  untuk mengukuhkan produktiviti dan meningkatkan kecekapan.

KOMITMEN KAMI

Kami komited memberikan perkhidmatan kepada setiap pesakit dengan penuh rasa kemesraan, kejujuran dan keikhlasan.

Kami komited memberikan perkhidmatan yang efektif dengan bersikap profesional, tekun, mudah didekati dan bersopan santun.

Kami komited bekerja sebagai satu pasukan untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan sentiasa efisien, efektif dan produktif.

IKRAR BUDAYA KORPORAT KKM

Bahawasanya kami, WARGA KERJA KKM, berikrar:

Memberi perkhidmatan yang terbaik, mesra dan profesional;

Memberi layanan secara saksama tanpa mengira pangkat, bangsa dan agama;

Bekerja sebagai satu pasukan yang efisien, efektif dan produktif;

Sedia membantu dengan ikhlas dan bertanggungjawab; serta

Komited untuk mencapai matlamat Kementerian.

 

Waktu Melawat

Isnin - Jumaat :

12.30 tengahari - 2.00 petang

4.30 petang - 7.00 petang

Hari Sabtu, Ahad & Cuti Am :

12.30 tengahari - 7.00 petang

Kecemasan :

Dibuka 24 jam