Program Latihan Kebakaran (Fire Drill) Hospital Kuala Kubu Bharu

IMG 20180808 WA0112

PROGRAM LATIHAN KEBAKARAN (FIRE DRILL) 02 OGOS 2018

Pada 02 Ogos 2018 , satu Program Latihan Kebakaran (Fire Drill) telah diadakan di Hospital Kuala Kubu Bharu yang mana ianya telah dianjurkan oleh pihak Radicare Sdn Bhd bersama Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Hospital Kuala Kubu Bharu. Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan kepada semua pekerja termasuk pesakit supaya peka tentang prosedur yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran.

Antara objektif program Latihan Kebakaran diadakan adalah :

  1. Untuk memastikan sistem perlindungan dan pencegahan kebakaran yang terdapat di bangunan hospital berfungsi dengan baik.
  2. Untuk mendedahkan dan membiasakan penghuni bangunan terhadap tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran.
  3. Untuk mengetahui julat masa yang diambil bagi kakitangan dan penghuni keluar dari bangunan dengan selamat apabila berlaku sesuatu kebakaran atau kecemasan.
  4. Untuk membiasakan Pegawai Insiden serta setiap anggota hospital menggunakan peralatan pencegahan dan pemadaman kebakaran seperti loceng penggera, hos paip air dan alat pemadam api dengan betul.
  5. Untuk memantapkan kerjasama antara beberapa unit dalam hospital seperti Bahagian Keselamatan Hospital, Fire Squad, Unit JKKP dan pihak luar seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia jika berlaku sesuatu kebakaran.

Dengan adanya Program Latihan Kebakaran yang diadakan setiap tahun ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran warga hospital terhadap aspek keselamatan kebakaran dan langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran.

 

Waktu Melawat

Isnin - Jumaat :

12.30 tengahari - 2.00 petang

4.30 petang - 7.00 petang

Hari Sabtu, Ahad & Cuti Am :

12.30 tengahari - 7.00 petang

Kecemasan :

Dibuka 24 jam