13 Julai 2017- Majlis Meraikan Pesara dan Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat Hospital Kuala Kubu Bharu.

IMG 8218

 

Pada 13 Julai 2017, Hospital Kuala Kubu Bharu telah mengadakan Majlis Meraikan Persara dan Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat Hospital. Majlis dirasmikan oleh  Pengarah Hospital Kuala Bharu iaitu Dr. Jasmeet Singh a/l  Sucha Singh.

Pada tahun ini seramai 15 orang staff Hospital Kuala Kubu yang akan bersara dan Majlis Persaraan ini diadakan bagi menghargai dan mengenang  jasa serta khidmat bakti mereka sepanjang berkhidmat di  hospital.  Majlis dimulakan dengan ucapan tuan Pengerusi Majlis iaitu Dr. Azran Bin Kamarudin dan disusuli dengan ucapan Yang Berbahagia Pengarah Hospital Kuala Kubu Bharu Dr. Jasmeet Singh a/l Sucha Singh.  Ucapan terima kasih yang tidak terhingga dizahirkan oleh Pengarah Hospital kepada semua staff yang bersara di atas perkhidmatan cemerlang yang telah diberikan.

Bagi Majlis Sambutan Hari Raya pada kali ini, Hospital Kuala Kubu Bharu telah mengadakan beberapa pertandingan bagi setiap unit yang terlibat.  Antara pertandingan yang telah disediakan ialah Pertandingan Gerai  Tercantik yang merangkumi elemen kebersihan gerai, kerjasama berpasukan dan kreativiti hiasan gerai yang dipamerkan.  Johan bagi pertandingan Gerai Tercantik diraih oleh Unit Farmasi dan Pegawai Perubatan.

Bagi pihak pengarah Hospital Kuala Kubu Bharu beliau ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pesara yang diraikan serta seluruh wargakerja Hospital Kuala Kubu Bharu di atas perkhidmatan cemerlang  yang telah diberikan.  Diharapkan semua warga Hospital KKB dapat memberi dan meningkatkan  mutu perkhidmatan  kesihatan   yang terbaik di Hospital Kuala Kubu Bharu.

gambar pesara

 

sajian ed

Waktu Melawat

Isnin - Jumaat :

12.30 tengahari - 2.00 petang

4.30 petang - 7.00 petang

Hari Sabtu, Ahad & Cuti Am :

12.30 tengahari - 7.00 petang

Kecemasan :

Dibuka 24 jam