15 Jun 2017 - Program Iftar dan Agihan Bubur Lambuk Sempena Bulan Ramadhan 1438H/2017M, Peringkat Hospital Kuala Kubu Bharu

bubur lambuk1

 

“Ramadhan tiba lagi!!! Bulan yang penuh keberkatan. Bulan yang penuh pengampunan. Marilah kita bersama-sama memakmurkannya dengan memperbanyakkan amal ibadat. Dan murahkanlah hati  untuk memberi kepada yang lain. “

Warga Hospital Kuala Kubu Bharu tidak ketinggalan  merebut peluang untuk menggandakan amal kebajikan dengan melaksanakan Program Iftar dan  Agihan Bubur Lambuk Sempena Ramadhan 1438 H. Agihan bubur lambuk telah diedarkan kepada setiap warga hospital dan pesakit yang berada di Hospital Kuala Kubu Bharu.

Program Iftar dan Agihan Bubur Lambuk ini telah menjadi program tahunan Hospital Kuala Kubu Bharu dari tahun ke setahun yang mana ianya melibatkan wargakerja dari setiap unit yang terdapat di hospital.

Sikap kerjasama dan saling bantu membantu dalam melaksanakan program ini diharap dapat diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang  agar program seumpama ini dapat mengeratkan sillaturrahim dikalangan wargakerja disamping menambah amal kebajikan di bulan Ramadhan yang mulia.

Semoga Allah SWT mempertemukan  lagi kita  di Ramadhan yang  akan datang, In Shaa Allah. Ramadhan Kareem!

 

buburlambuk2

Waktu Melawat

Isnin - Jumaat :

12.30 tengahari - 2.00 petang

4.30 petang - 7.00 petang

Hari Sabtu, Ahad & Cuti Am :

12.30 tengahari - 7.00 petang

Kecemasan :

Dibuka 24 jam